Dalam membincangkan kesan pendudukan dan penerokaan british di Australia eloklah jika kita menganalisis tentang proses-proses awal penerokaan British ke benua Australia. Pada awalnya Australia bukanlah dianggap sebuah benua teatapi hal ini tidak disedari dari awal lagi oleh para peneroka termasuklah James Cook.
Faktor tolakan di negara asal iaitu Britain telah mengalami bombastik perkembangan penduduk yang agak pesat. Hal ini telah menyebabkan kejadian jenayah kerap berlaku dan menyebabkan penjara hampir penuh. Pihak Britain telah memilih Australia untuk petempatan baru para banduan kerana Amerika iaitu sebuah negara koloni mereka terdahulu tidak mahu menerima ketibaan para banduan lagi. Kehilangan Koloni Amerika ini telah menyebabkan Britain telah memilih Australia sebagai Petempatan yang baru untuk banduan.
Setelah mengalami perkembangan penduduk yang amat pesat kesan daripada Revolusi Perindustrian, Britain pula telah terlibat secara langsung dengan persaingan mencari Kawasan Jajahan yang baru. Perancis yang telah mengalami Revolusi 1789 telah bangkit untuk mendapatkan sumber dan tanah di Timur dan pasifik. Persaingan ini juga disertai oleh Belanda, Jerman, Sepanyol dan Amerika secara meluas pada abad ke lapan belas dan sembilan belas.
Penerokaan Australia ditetajui awalnya oleh James Cokk yang menyatakan bahawa kawasan Australia sesuai untuk kehiatan pertanian dan petempatan pada 18/8/1786. Seramai 750 banduan telah dibawa ke Botani Bay pada tahun yang berikutnya. Namun atas sebab kawasan botani bay tidak sesuai maka Kapten yang membawa rombongan ini telah membuka Sydney.
No comments:
Post a Comment