Wednesday, March 6, 2013

Mencari Sumber Sejarah dalam Internet

Internet dan kemajuan media masa pada masa ini telah membawa perubahan kepada cara sumber-sumber untuk disimpan. Hal ini kerana menggunakan teknologi seprti masa sekarang adalah lebih relevan daripada cara yang konvensional. Begitu juga ini memudadhkan carian dan kajian yang lebih mudah dan cepat tanpa mengabaikan kaedfah dan disiplin ini. Tetapi timbul pula persoalan dalam menentukan kesahihan dan kerelevanan fakta yang ada di internet. Oleh yang demikian perlu wujudnya satu kaedah ataupun cara untuk menjaga dan mengamalkan disiplin dalam mengkaji sejarah umumnya seperti garis opanduan yang tertentu.

Sumber yang ada di internet banyak yang telah diolah, namun begitu ada juga sumber sumber yang boleh dianggap sumber primer. Sebagai contoh, gambar ataupun surat, dokumen ataupun buku yang telah digitalkan. Kita tidak boleh meminggirkan sumber-sumber ini kerana sudah tentunya agak beguna dan agak sahih. Bagi menentukan kesahihannya kita juga perlu mencipta dan mengkaji sumber yang asal sebelum digitalkan itu disimpan.

Kebanyakkan arkib, universiti dan badan kerajaan cuba untuk mendigitalkan sumber-sumber yang ada bagi emmudahkan penyimpanan dan mudah untuk diakses oleh semua pihak. Badan yang diiktitaf ini cuba untuk memastikan bahan yang mereka terjaga dan dilindungi oleh hak cipta. Walaupun begitu, ada juga sumber-sumber yang wujud di dunia digital telah diubah suai oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Disamping itu kemudahan yang dibuat oleh badan yang benar disalah guna dan dialanggar atau diambil hak cipta mereka.

Badab yang didiktiraf ini sudah tentu dengan mengekalkan simpanan mereka ataupun sumber yang diterbitkan tidak diambil untuk kepentingan individu tetapi dikhaskan untuk badan akademik dan penyelidikan. Oleh itu, kta anya boleh menggunakan sumber-sumber daripada pendigital bahan dari institusi yang sah sahaja.